> Kane Nobuhiro Tagboard Formspring Archives Affiliates Twitter
Please Take Note.


Kane Nobuhiro™

Photobucket


People don't keep journals for themselves. They keep them for other people, like a secret they don't want to tell,
but they want everyone to know.





I don't own any of these pictures unless I state them. All photos and quotes on this blog are the properties of the respectful owners.Anyone wishing for their works to be credited please contact me via formspring or the tagboard itself. thank you.


free hit counter

posted on Tuesday, December 7, 2010 @ 11:40 PM | back to the top.
aku...






Found this article somewhere in the Net, so I thought of sharing this great stuff on my own blog, though its in malay. Feel free to read, and copy and paste in your own spaces if you want to alright. No harm spreading joy around.



Here's to the kids in love:


"Orang yang menyayangi kamu... bertindak lebih seperti saudara, daripada seperti seorang kekasih."




"Orang yang menyayangi kamu... sering melakukan hal-hal yang sengal, seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika saat itu, dia sedang memikirkan kamu."



"Orang yang menyayangi kamu... kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun, ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu, dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu, maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dalam dunia ini. Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak akan pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walaupun sesukar mana permintaan kamu tuh."




"Kalau kamu melihat handphone nya... nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOXnya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya."




"Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya... dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan, dia akan ada menunggu kamu, kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia akan sentiasa setia menunggu kamu."



"Orang yang begitu menyayangi kamu... tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kamu pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta."



"Orang yang menyayangi kamu... selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ungkapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-kata kamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Mungkin kamu lupa, tetapi bukan orang yang menyayangi kamu."


"Kalau kali terakhir bertemu kamu mungkin sedang selesema, ataupun batuk-batuk... dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu, kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu."




"Orang yang menyayangi kamu... akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin pada kamu hanyalah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa."




"Orang yang menyayangi kamu... akan terdiam sesaat ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya, saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya."



"Orang yang menyayangi kamu... selalu ingin berada di sisi kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. Sebenarnya, disebalik hatinya, dia benar-benar takut kehilangan kamu."



"Orang yang menyayangi kamu... tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia menyanyangi kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli. Baginya yang penting kamu bahagia walaupun dia sungguh terluka."



"Orang yang menyayangi kamu... menerima kamu dengan seaadanya. Di hati dan matanya, kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah."



"Orang yang menyayangi kamu... selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, selalu ingin tahu khabar kamu, walaupun seandainya tidak lagi bersama."



"Orang yang menyayangi kamu... akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi walaupun kamu tidak membalas SMS nya. Kerana dengan kiriman itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeda, bukan "aku sayang kamu", tetapi berselindung ayat selain kata cinta itu."




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~









congrats siti and ahmud,
16th months and still going on.


[ and I'm done ]

« older posts             newer posts »
© (kane nobuhiro's space.)